Ahad, 28 Februari 2010

Teknik Promosi Perniagaan Internet

Salam sejahtera,

Bagaimana perjalanan perniagaan internet anda? Anda sudah memiliki web atau blog anda sendiri? Atau anda sudah mula berjinak-jinak dalam program affiliate? Jika sudah, tahniah.

Jika anda tidak faham, anda boleh menghubungi saya melalui ym. ID saya fsyukri19. Sekiranya anda 'add' saya, harap dapat perkenalkan diri sbagai "Mailing List". Ini dapat memudahkan saya mengenali anda.

Sekarang, anda sudah hampir kepada cabaran sebenar perniagaan Internet. Dengan adanya laman web atau blog, tak bermakna anda sudah boleh bergelar usahawan internet. Perkara paling utama dalam perniagaan internet adalah PROMOSI. Ya, betul...promosi adalah kunci utama kejayaan perniagaan anda.

Terdapat pelbagai cara untuk mempromosikan perniagaan anda. Melalui email, melalui yahoogroups, melalui laman web sosial, dan pelbagai lagi. Jangan fokuskan kepada satu cara sahaja. Semakin banyak cara promosi yang anda gunakan, semakin cerah peluang untuk anda mendapat pelanggan.

Untuk mendapatkan teknik promosi perniagaan internet, saya sarankan anda melayari http://teknik-promosi.sismel.com.my. Ebook ini akan menerangkan 13 asas teknik promosi perniagaan internet. Sekiranya anda dapat mengikuti kesemua teknik asas tersebut, InsyaAllah, anda akan mendapat pelanggan sedikit demi sedikit.

Semoga mendapat manfaat!

Ikhlas,

Faizal Syukri Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Akan Datang - Salah Anggap Tentang Perniagaan Internet

Rabu, 24 Februari 2010

Modal Untuk Perniagaan Internet

Salam sejahtera,

Ada beberapa orang teman kita yang mengeluh kerana tiada wang untuk memulakan perniagaan internet. Saya telah mencadangkan supaya menyertai affiliate agar anda boleh mendapat komisyen bagi setiap jualan produk orang lain.

Tapi anda masih tidak dapat menjana sebarang pendapatan? Sabar ye. Saya pada peringkat awalpun tetap macam tu. Yang penting, anda perlu bertahan dan kuatkan semangat.

Ok, apa kata kalau anda mencuba sesuatu yang lain sedikit. Anda pernah dengar Youthsay dan Catcheye? Youthsay adalah satu komuniti siber di mana anda boleh menjana pendapatan hanya dengan menjawab soalan. Catcheye pula adalah satu laman web pengiklanan di mana hanya dengan menjemput kawan anda membaca iklan tersebut, anda akan dibayar.

Yang lebih menarik dengan kedua-dua program ini adalah ianya PERCUMA. Jadi, daftar sekarang dan jemput teman-teman anda menyertainya.

Youthsay: http://youthsays.sismel.com.my
Catcheye: http://catcheye.sismel.com.my

Semoga mendapat manfaat!


Ikhlas,

Faizal Syukri Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Selasa, 23 Februari 2010

Apa Itu Domain & Hosting

Salam sejahtera,

Dalam artikel lepas,anda telah diperkenalkan dengan laman web, blog dan affiliate. Bagi yang membangunkan laman web sendiri, pasti anda tertanya-tanya bagaimana ingin memasukkan laman web anda ke Internet.

Apa itu domain?

Domain adalah alamat untuk laman web anda. Seperti contoh, domain bagi laman web saya ialah http://www.sismel.com.my. Saya menggunakan nama sismel sempena nama syarikat saya iaitu FSM SisMel Enterprise. Terdapat pelbagai bentuk domain yang anda boleh pilih samaada .com, .net, .biz dan pelbagai lagi.

Apa itu hosting?

Hosting adalah tempat untuk anda menyimpan segala bentuk data-data melibatkan laman web anda. Ianya menyimpan teks, gambar, audio dan segala kandungan laman web anda supaya boleh dilihat & didengar oleh orang ramai.


Kebiasaannya, syarikat pembekal webhosting menyediakan pakej sekaligus dengan pendaftaran domain. Saya menggunakan Mesra Hosting sebagai tempat menyimpan data-data laman web saya. Harga bergantung kepada pakej yang anda pilih dan ianya serendah RM150 setahun.

Walaubagaimanapun, ada juga pembekal web hosting percuma seperi http://www.freewebs.com. Walaubagaimanapun, jika anda serius untuk berniaga, saya amat tidak menggalakkan anda menggunakan penyedia web hosting percuma kerana ianya mempunyai fungsi dan storan yang terhad.

Bagi blogger (pengusaha blog), anda boleh terus menggunakan hosting yang disediakan. Cuma, anda boleh mendaftar domain anda sendiri. Seperti contoh, sekiranya alamat blog anda ialah http://blogsaya.blogspot.com, anda boleh memilih domain seperti http://www.blogsaya.com untuk blog anda. Harganya serendah RM50 setahun.

Semoga mendapat manfaat!


Ikhlas,

Faizal Syukri Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Beza Blog & Website

Salam sejahtera,

Apa itu Blog?

Blog adalah singkatan kepada Web-log. Ianya lebih kepada diari di dalam internet. Ianya juga sesuai bagi anda yang tidak mempunyai latar belakang IT.


Apa itu Website?

Satu atau lebih fail atau lebih dikenali sebagai mukasurat (page) yang disimpan dalam server komputer. Capaian adalah menerusi Internet. Setiap Web site mempunyai muka surat pertama yang disebut “Home Page” yang memaparkan maksud laman Web tersebut. Mukasurat-mukasurat ini kemudian disambung antara satu sama lain.

Di antara kedua-duanya, masing2 mempunyai kekurangan dan kelebihan. Tapi, dengan ada keduanya2, ianya lebih baik. Apa yang penting, penggunaan blog lebih mudah dan sesuai untuk sesiapa sahaja tetapi bagi perniagaan yang melibatkan syarikat, ianya kurang sesuai. Penggunaan web sedikit sukar jika tiada kemahiran berkaitan dengannya, walaubagaimanapun ianya lebih profesional dan fungsinya lebih meluas.

Apa-apa pun, ianya bergantung kepada anda. Jika anda berminat ingin mendalami berkenaan web, layari http://binaweb.sismel.com.my manakala jika anda berminat berkenaan blog, layari http://binablog.sismel.com.my

Selamat mencuba!


Ikhlas,

Faizal Syukri Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Akan datang - Apa Itu Domain & Hosting

Bina Sendiri Laman Blog Anda

Salam sejahtera,

Hai, apa khabar? Saya harap semuanya sihat-sihat saja.

Bagaimana dengan perkongsian saya yang lepas? Saya berharap artikel saya dapat memberikan input yang berguna kepada anda.

Atas permintaan ramai, saya telah menyediakan panduan asas membina blog anda sendiri. Anda boleh dapatkan panduan tersebut secara PERCUMA di http://teknik-promosi.sismel.com.my/binablog.pdf (Klik kanan dan pilih save link as / save target as). Sekiranya email anda tidak dapat membuka link ini, sila copy dan paste kan pada ruangan address web browser anda).

Untuk pengetahuan anda, panduan yang saya berikan di atas adalah panduan yang benar2 asas bagi mereka yang langsung tidak tahu mengenai blog. Jadi, sekiranya anda ingin mendapatkan panduan blog yang lebih mendalam, anda boleh layari http://binablog.sismel.com.my

Semoga ianya memberi manfaat untuk anda.


Ikhlas,

Faizal Syukri Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Akan datang - Beza Blog & Website.

Bina Sendiri Laman Web Anda

Salam sejahtera,

Pernahkan anda mendengar Microsoft Front Page? Adakah anda biasa dengan kod HTML? Tahukah anda, dengan MS Front Page, anda boleh membina laman web anda sendiri. Antara software lain yang boleh digunakan adalah seperti MS Word, MS Publisher, NVU dan pelbagai lagi. Format untuk fail laman web adalah *.htm atau *.html.

Harga pasaran yang dikenakan untuk membangunkan laman web adalah rm100 - RM200 bagi setiap page. Ianya tentu membebankan bagi mereka yang ingin memulakan laman web. Tapi, atas inistiatif salah seorang usahawan Internet iaitu Encik Meor Shukri, beliau telah menyediakan Pakej Lengkap Perniagaan Internet.

Melalui pakej ini, anda didedahkan dengan:
1. Bagaimana membina laman web.
2. Merekabentuk laman web.
3. Bagaimana membuat pautan (hyperlink) di dalam laman web anda.
4. Bagaimana hendak memuat naik laman web yang telah siap di bina.
5. Menggunakan borang di dalam web.
6. Membina Autoreply.
7. Dan pelbagai lagi...

Harga pakej ini ialah RM90. Tapi, kali ini Encik Meor menawarkan pakej ini dengan harga RM40 sahaja. Untuk pengetahuan anda juga, saya sendiri belajar cara membina laman web melalui pakej ini. Jika anda berminat, anda boleh layari http://binaweb.sismel.com.my

Terima kasih.


Ikhlas,

Faizal Syukri Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Akan datang - Bina Sendiri Blog Anda.

Pemilihan Produk atau Perkhidmatan

Salam sejahtera,

Sudahkah anda bersedia untuk memulakan langkah pertama perniagaan anda? Sudah ada produk / perkhidmatan? Dah buat laman web / blog?

Jika anda tiada kesemua tu, anda patut menimbangkan cadangan saya untuk menyertai affiliate. Dengan menjadi agen bagi produk orang lain, anda tidak perlu memiliki website sendiri, tidak perlu mencari dan menyediakan produk / perkhidmatan, tidak perlu menyimpan stok dan lain-lain.

Di bawah adalah senarai laman web yang menyediakan affiliate. Anda boleh pilih apakah produk yang anda rasa mudah untuk anda mempromosikan kepada orang lain. Sebaik-baiknya, beli produk tersebut untuk mencubanya sendiri terlebih dahulu.

1. Ebook "Teknik Promosi Perniagaan Internet"
Menyajikan teknik, tips & cara mempromosikan produk / perkhidmatan anda di internet.
http://teknik-promosi.sismel.com.my

2. Ebook "Maskahwin Yang Hilang"
Tips & teknik pengurusan kewangan bagi bakal pengantin menghadapi hari perkahwinan.
http://maskahwin.sismel.com.my

3. Pakej Lengkap Perniagaan Internet
Pakej yang mengandungi ebook serta pakej pembinaan sendiri laman web seperti template web, borang opt-in, borang tempahan, borang feedback, autoreply dan lain-lain.
http://binaweb.sismel.com.my

4. Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Ebook khas bagi mereka yang berminat menjadi kakitangan kerajaan.
http://kerjakerajaan.sismel.com.my

5. Ebook "Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi"
Pelajari minda, strategi dan teknik kekayaan 8 Mentor Jutawan (Dato' Dr. Hj Fadzilah Kamsah, Azizi Ali, Chef Li, Dato' Dr. Azman Ching, Billi Lim, Dato' Hussamuddin Yaacob, Abang Abu & Irfan Khairi).
http://mentor.sismel.com.my

6. Pakej Lengkap Membuat Kraftangan - Keychain Sulaman Benang
Belajar, buat & jual sendiri keychain sulaman benang.
http://kincin.sismel.com.my

7. Kitforex - Pelajar forex dalam bahasa melayu
http://forex.sismel.com.my


Anda boleh pilih mana-mana produk yang anda suka dan daftar sebagai affiliate / ejen di dalam web tersebut. Pilihan di tangan anda!


Ikhlas,

Faizal Syukri Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Akan datang - Bina Sendiri Laman Web

Cabaran Perniagaan Internet

Salam sejahtera,

Apa bila kita melakukan sesuatu perkara melibatkan pekerjaan kita, pasti akan ada cabarannya. Sebagai seorang pekerja tak kira pekerja kerajaan atau swasta, cabaran berhadapan dengan majikan atau sesama pekerja lain, pasti tidak dapat dielakkan.

Dalam menjalankan perniagaan internet, anda juga akan menghadapi cabaran daripada pihak yang ingin menjatuhkan kita. Begitu juga tentangan dari bakal pelanggan kita.

Sepanjang saya menjalankan perniagaan di internet, saya mendapat pelbagai feedback yang positif dan juga negatif. Apa yang saya mahu fokuskan adalah berkenaan yang negatif. Setiap hari, pasti saya akan terima email atau sms negatif seperi:

"Blahlah lu"
"Penipu"
"Mengarut aje"

dan pelbagai lagi (kalau nak senaraikan kat sini, 2 jam pun tak habis lagi..).

Apa yang penting, bagaimana untuk menangani situasi seperti ini. Bagaimana jika anda juga menerima mesej sepeti ini?

1. Apa jua yang mereka lontarkan kepada anda, anda hanya perlu membalas "Terima kasih".
2. Anda juga boleh memilih untuk mengabaikan terus mesej ini.
3. Jangan sesekali membalas mesej dengan bahasa kasar, mencarut, maki hamun dan lain-lain. Boleh jadi, mereka sengaja ingin melihat sejauh manakah anda menjalankan perniagaan ini.

Jangan salahkan mereka. Mungkin mereka tidak faham atau pernah ditipu oleh usahawan internet yang lain. Jadi, jangan risau, yang penting anda BERSABAR.


Ikhlas,

Faizal Syukri Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Akan datang - Pemilihan Produk atau Perkhidmatan

Langkah Pertama Affiliate

Salam sejahtera,

Jika anda menjalankan perniagaan berbentuk affiliate, perkara yang paling penting ialah anda sendiri menjadi pelanggan produk tersebut.

Semasa anda mempromosikan produk / perkhidmatan tersebut, akan ada bakal pelanggan anda akan bertanyakan mengenai produk tersebut. Bagaimana anda ingin menceritakan produk yang anda jual sedangkan anda sendiri tidak tahu apa kelebihan produk tersebut.

Saya mengambil contoh, satu produk Royal Jelly (http://royaljelly.sismel.com.my). Produk ini saya sendiri pernah amalkan semasa saya mengalami masalah kencing manis dan dengan izin Allah melalui produk ini, kencing manis saya normal dan terkawal. Saya juga mempunyai testimoni daripada orang ramai dan rakan-rakan saya sendiri. Ada yang mengalami ketumbuhan, kanser, resdung, senggugut dan pelbagai masalah kesihatan dan akhirnya sembuh. Oleh itu, pengalaman anda sendiri dan orang lain dalam menggunakan produk tersebut menjadi 'senjata' bagi mempromosikan produk anda.

Jadi, bagi yang berminat untuk menjadi agen memasarkan ebook "Teknik Promosi Perniagaan Internet", saya sarankan anda sendiri membaca ebook tersebut. Layari http://teknik-promosi.sismel.com.my

Semoga berjaya!

Ikhlas,

Faizal Syukri Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Akan datang - Cabaran Perniagaan Internet.

Jom Mulakan Perniagaan Internet!

Salam sejahtera ,

Sebelum memulakan perniagaan internet, apakah produk atau perkhidmatan yang bakal tawarkan? Mungkin anda terfikir untuk menjual produk MLM anda. Atau mungkin juga anda berminat untuk menjual pakaian kanak-kanak.

Pelbagai produk dan perkhidmatan yang boleh tawarkan seperti menjual penapis air, makanan kesihatan, buku, pakaian dan pelbagai lagi. Untuk perkhidmatan, anda boleh menawarkan khidmat membangunkan laman web, merekabentuk banner, mencetak kad kahwin dan lain-lain.

Tapi, jika tidak tahu apa produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan, anda boleh mencuba untuk menyertai affiliate. Tahukah anda apa itu affiliate?

Affiliate ialah menjadi agen untuk memasarkan produk kepunyaan usahawan internet yang lain. Anda akan dibekalkan dengan link dan laman web replika untuk anda mempromosikan produk tersebut. Kebiasaannya, mendaftar sebagai agen adalah PERCUMA dan anda akan diberikan komisyen hasil jualan produk tersebut. Tugas anda hanya promosikan link anda. Sekiranya ada pelanggan berminat dengan produk tersebut, tuan empunya produk tersebut akan menguruskan pembelian dan penghantaran produk tersebut.

Jika berminat untuk menjadi agen bagi ebook "Teknik Promosi Perniagaan Internet", sila daftar di
http://teknik-promosi.sismel.com.my/member/index.php

Pendaftaran adalah percuma dan akan diberikan komisyen RM5 bagi setiap ebook yang terjual.

Sertai sekarang dan jana pendapatan sampingan !

Ikhlas,

Faizal Syukri Bin Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Akan datang - Langkah Pertama Affiliate

Perbezaan Perniagaan Offline dan Online

Salam sejahtera,

Dari sudut bentuk perniagaan, perniagaan offline dan online sama sahaja. Ada peniaga yang menjual produk, memberikan perkhidmatan, MLM, insuran, pinjaman, pelaburan dan lain-lain lagi. Yang berbezanya adalah perniagaan offline dijalankan di dunia nyata manakala perniagaan online dijalankan di dunia maya / siber.

Namun, terdapat sedikit sebanyak perbezaan di antara kedua-dua perniagaan ini. Di antaranya ialah:

1.Premis
Perniagaan offline: Anda perlu ada premis perniagaan dan tentunya jika anda menyewa kedai, kos bulanan perlu ditanggung di antara RM300 - RM1000 SEBULAN bergantung pada lokasi.

Perniagaan online: Anda hanya perlu mendaftarkan domain & webhosting berharga RM200 - RM250 SETAHUN. Walaubagaimanapun, ada juga penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma. Anda juga boleh memilih blog percuma sebagai 'kedai' maya anda.

2.Lokasi
Perniagaan offline: Statik. Anda tidak boleh bawak kedai anda ke mana saja anda pergi. Lazimnya, anda perlu menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa.

Perniagaan online: Anda bebas menjalankan perniagaan anda di mana-mana sahaja asalkan anda ada komputer/laptop dan sambungan internet.

3. Modal permulaan
Perniagaan Offline: Anda perlu menyediakan modal yang agak tebal untuk menyimpan stok di kedai anda.

Perniagaan online: Anda bebas samada nak menyimpan stok dengan banyak atau sedikit bergantung pada permintaan. Dalam laman web / blog, anda hanya perlu pamerkan gambar sahaja.

Bagi anda, yang mana lebih mudah?

Ikhlas,

Faizal Syukri Bin Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Akan datang - Jom Mulakan Perniagaan Internet.

Pilihan Pekerjaan Sambilan Anda

Salam sejahtera,

Ada beberapa orang kenalan dalam tagged bertanyakan kepada saya apa pekerjaan sambilan yang perlu dilakukan. Pelbagai pekerjaan sambilan yang boleh lakukan bagi menambahkan pendapatan anda.

Saya sendiri menjalankan 3 bentuk aktiviti perniagaan:
1. MultiLevel Marketing (CNI).
Saya memilih MLM kerana potensi yang amat besar untuk jangka masa yang panjang. MLM yang sebenar juga adalah salah satu cabang perniagaan yang melibatkan rangkaian. Ianya sesuai untuk mereka yang kekurangan modal. Kebanyakan MLM memerlukan modal permulaan yang minima. Bahkan lebih rendah berbanding menjual burger!

2. Perniagaan Konvensional
Perniagaan bentuk ini adalah perniagaan biasa seperti membuka kedai runcit, kedai komputer, kafe siber, menjual burger, membuka butik. Ianya juga dipanggil SLM (Single Level Marketing). Kebiasaan perniagaan seperti ini memerlukan modal yang tinggi ditambah anda perlu fokus kepada perniagaan ini. Saya menjalankan perniagaan membaiki komputer, membina laman web, mengambil komisyen menjual kereta dan lain-lain.

3. Perniagaan Internet
Perniagaan Internet sebenar bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Tetapi, ianya tidaklah sesukar perniagaan biasa. Jangan anda fikir, berniaga diinternet adalah seperti pelaburan di mana anda hanya perlu melaburkan duit, goyang kaki dan tunggu duit masuk. Perniagaan internet adalah seperti anda menjalankan perniagaan di luar di mana anda harus giat mempromosikan web dan blog anda. Walaubagaimanapun, perniagaan internet tidak memerlukan modal yang besar dan anda hanya boleh menjalankan di mana-mana sahaja asalkan anda mempunyai talian internet pada bila-bila masa sahaja.

Di antara ketiga2 bentuk perniagaan yang dijalankan, saya paling suka menjalankan perniagaan diinternet. Pada tahun 2007, saya menjalankan perniagaan Internet secara sambilan sahaja. Tapi, bermula bulan Oktober 2009, saya telah berhenti kerja dan memulakan perniagaan internet sepenuh masa.

Apa pilihan anda? :)

Ikhlas,

Faizal Syukri
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Akan datang - Perbezaan Perniagaan Offline dan Online

Apakah Status Anda?

Adakah anda seorang pelajar IPT? Sedarkah anda, selepas anda menamatkan pengajian, anda perlu bersaing dengan ribuan graduan bagi mendapatkan kerja. Jadi, sejauh manakah anda berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan?

Bagi yang sedang bekerja, adakah pendapatan yang anda perolehi hari ini mencukup bagi memenuhi keperluan hidup anda. Ada yang mewah, tetapi kebanyakan hanya cukup2 makan. Apakah inisiatif anda bagi mendapatkan pendapatan sampingan?

Saya kenal seorang Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Terengganu dan saya tahu beliau terlibat dengan kerja luar bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Adakah tidak cukup pendapatan yang diperolehi daripada pekerjaan sekarang. Beliau berkata, amat tidak mencukupi. Dengan pendapatan sebagai Timbalan Pengarah, beliau masih tidak mampu untuk mengerjakan umrah dengan wang gaji yang diterimanya setiap bulan.

Dengan keadaan negara kita sekarang, kenaikan harga barang asas menyebabkan semakin ramai rakyat Malaysia yang terpaksa 'ikat perut'. Masing-masing terpaksa berniaga. Ada yang menjual kuih, membuat kelas tuisyen. Dan jangan terkejut kerana ada seorang pensyarah UiTM, bekerja sebagai penghantar Pizza pada sebelah malam sebagai kerja sambilan!

Anda pula bagaimana?

Ikhlas,

Faizal Syukri Bin Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Akan datang - Pilihan Pekerjaan Sambilan.