Selasa, 23 Februari 2010
Salam sejahtera,
Dalam artikel lepas,anda telah diperkenalkan dengan laman web, blog dan affiliate. Bagi yang membangunkan laman web sendiri, pasti anda tertanya-tanya bagaimana ingin memasukkan laman web anda ke Internet.
Apa itu domain?
Domain adalah alamat untuk laman web anda. Seperti contoh, domain bagi laman web saya ialah http://www.sismel.com.my. Saya menggunakan nama sismel sempena nama syarikat saya iaitu FSM SisMel Enterprise. Terdapat pelbagai bentuk domain yang anda boleh pilih samaada .com, .net, .biz dan pelbagai lagi.
Apa itu hosting?
Hosting adalah tempat untuk anda menyimpan segala bentuk data-data melibatkan laman web anda. Ianya menyimpan teks, gambar, audio dan segala kandungan laman web anda supaya boleh dilihat & didengar oleh orang ramai.
Kebiasaannya, syarikat pembekal webhosting menyediakan pakej sekaligus dengan pendaftaran domain. Saya menggunakan Mesra Hosting sebagai tempat menyimpan data-data laman web saya. Harga bergantung kepada pakej yang anda pilih dan ianya serendah RM150 setahun.
Walaubagaimanapun, ada juga pembekal web hosting percuma seperi http://www.freewebs.com. Walaubagaimanapun, jika anda serius untuk berniaga, saya amat tidak menggalakkan anda menggunakan penyedia web hosting percuma kerana ianya mempunyai fungsi dan storan yang terhad.
Bagi blogger (pengusaha blog), anda boleh terus menggunakan hosting yang disediakan. Cuma, anda boleh mendaftar domain anda sendiri. Seperti contoh, sekiranya alamat blog anda ialah http://blogsaya.blogspot.com, anda boleh memilih domain seperti http://www.blogsaya.com untuk blog anda. Harganya serendah RM50 setahun.
Semoga mendapat manfaat!
Ikhlas,
Faizal Syukri Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
masih tak berapa faham.kalau saya nak buat blok dimana harus saya mulakan?
untuk membina blog, anda harus ke laman web http://www.blogger.com
Anda boleh rujuk pada ebook ringkas ini: http://teknik-promosi.sismel.com.my/binablog.pdf
Catat Ulasan