Khamis, 4 Mac 2010

Kepentingan Senarai Email

Salam sejahtera,

Pernahkah anda menerima email dari sesorang yang menawarkan jualan senarai email? Tahukah anda, menjual senarai email merupakan satu kesalahan siber dan amat tidak beretika. Untuk mendapatkan senarai email secara beretika, penggunaan autoresponder amat disarankan.

Dalam ebook Teknik Promosi Perniagaan Internet (http://teknik-promosi.sismel.com.my) telah menerangkan teknik asas bagaimana ingin menarik pengunjung untuk melawati laman web atau blog anda.

Tapi, tahukah anda, laman web tanpa sistem mailing list atau autoresponder menyebabkan anda hilang prospek begitu sahaja. Kemungkin prospek yang mengunjungi laman web anda berminat dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, cuma buat sementara, kemungkinan prospek tersebut tiada wang untuk mendapatkan produk tersebut. Jadi, prospek tersebut meninggalkan laman web anda tanpa meninggalkan apa-apa maklumat tentang diri mereka.

Sistem mailing list atau autoresponder adalah satu sistem di mana, pelanggan yang berminat dengan produk anda, dengan rela hati meninggalkan maklumat tentang diri mereka seperti nama dan email. Dengan ini, anda dapat menghantarkan maklumat followup kepada prospek tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang autoresponder, sila layari http://autores.sismel.com.my

Terima kasih.



Ikhlas,

Faizal Syukri Mohamad
FSM SisMel Enterprise
http://www.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

t.ksh cik cz bg tahu ini kt sy..
nti lau sy da mase sy reply lg ye..
skg sy sibuk nk final exam..
so 2 sy jrg bukak tagged..

Faizal Syukri berkata...

Oh xpe...anyway, thanx sbb mengikuti artikel saya.
Goodluck utk final exam :D

Catat Ulasan